Monday, November 22, 2010



salam. demam belum kebah lagi tapi hati dah meronta nak cuba tart telur yang aku dapat resepinya dari blog CMG. so....inilah hasilnya....

Saturday, November 20, 2010

HOMEMADE PIZZA





salam. lega dapat kemari semula. penat macamana sekalipun aku tetap singgah jugak....tapi cerita tak banyakla, paling paling cerita apa yang aku masak hari ini untuk puteri puteri yang comel dan cantik cantik yang ada kat rumah tu...maklumla time cuti sekolah kan.


ok...kita lihat apa yang menarik hari ini. lihat apa yang ada diatas?...jeng jeng jeng...dua tiga hari kebelakangan ini aku memang dah kemaruk buat piza...macam macam piza yang aku masak...mentang mentangla dah terer  buat inti  dan yang penting basenya ituuuuu........tapi apa pun aku dapat jugak berkongsi piza piza yang tidak seberapa itu dengan sahabat sahabat yang aku sayangi....apalagi...jiran jiran la tuuu...dapatla sorang sekeping...jadi la kan.


nak belajar buat? boleh! boleh!...ok mari kita lihat apa bahan bahannya :-


untuk base
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis segera (mauripan)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cawan air suam.


gaul semua bahan dan jadikan doh. perap selama setengah jam atau sehingga naik dua kali ganda barulah di canai bulat bulat.


untuk sosnya
daging atau ayam cincang (kita guna daging cincang burger ramly)
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
2 biji tomato didadu
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar tomato sos
1 sudu teh oregano
garam dan gula secukup rasa


tumislah semua bahan seperti membuat inti karipap.




so senangkan?????????

Wednesday, November 17, 2010

salam. lamanya tak datang kemari...masa banyak tapi macam tak cukup cukup je buat aku. ada jer aktiviti hari hari. dan semuanya penting penting pulak tu...


tapi dalam sibok sibok pun sempat juga aku buat mufin yang tengah kecoh sekarang ni....glamorla tu namanya...semua orang bercerita pasal mufin itula mufin inilah...so aku pun nak gak mencuba...try n test orang kata...


so, inilah mufin oren....
aku tambah dengan cokolat chip....buat eksen eksen jer...
yang sebenarnya aku sukakan cupnya tu...macam macam cup sekarang ni kat pasaran...cantik cantik pulak tu...bila dah makan mufinnya, rasa sayang pulak nak buang cupnya...buatla koleksi...



p/s :orang lain sibuk buat rendang dengan ketupat raya raya macam ni tapi aku sibuk buat mufin....heheheh....oklah tu...lain dari yang lain...

Wednesday, November 10, 2010


mula mula nak wat satu loyang jer

 tup tup nampak paper cup aritu masih berbaki...so apalagi...
 version bakar

version kukus


 so ni la jadinyer....
 beterabur atas meja coz tk sempat nak susun....lari g amek anak kt sekolah....


assalamualaikum. salam sejahtera. masuk lagi kemari..sementara aku rajin....hahaha.....Ok balik jer dari amek anak kat sec. 7 tadi terus lari kedapur....sebabnya dalam keta anak dok sibuk ceta mamanya wat kek....sedap.....(anak adik yg memang ari2 aku amek dari skola kalau babahnya tak sempat, so kira manjalah dgn aku). aku pun apalagi, selongkarla almari...jumpalah apa yang aku nak buat....yummy yummy...kek cokelat...anak2 pun suka. sementara nak tunggu kul 6 amek adik dari skola...nila keje aku, satu hati ntah berapa kali  kereta aku dok menjalar kat jalanraya tu...tapi nak wat macamana...dah tanggung jawab n amanat...kenalah tunaikan. sementara tu sempatla jugak aku meneraburkan apa yg patut kat dapur...hehehe...

so anak anak, mari kita tengok apa resepinyaaa.....

kek cokelat kukus version uchu shikin

bahan bahannya:

tpg gndum 3 cawan
gula halus 2 cawan
serbok koko van houten 2 cawan
telur 5 biji
bicabonate 1 sudu teh
baking powder 1 sudu teh
minyak jagung@mazola 2 cawan
susu pekat 1 cawan
susu cair 1 tin
loyang @ papercup utk bakar @ kukus

cara caranya :

putar telur dgn gula hingga kembang
tpg, serbuk koko, baking, soda semua diayak sama
satukan minyak, susu pekat n susu cair n masukkan kedlm adunan telur dan gula yang tlh dipukul kembang tadi....gaul sebati
so baru masukkan kedalam loyang atau papercup n kukus atau bakar ikut selera. hasilnya seperti diataslerrr....

note: kalau suka buatla topping kat atasnya....kita tak buat sebab anak2 kurang suka...













aduuuuuuh penatnya......punya terik mentari kt luar tu,,,,naik hangus kulit aku dibuatnya. pakkallahanak punya pasal so kenalah tahan jugak walau panas macamana sekalipun, amik tetap amik budak2 tu kat sekolah. inilah manusia, panas salah sejuk salah...tapi sekurang2nya aku bersyukur sangat2 sebab kat sini tidak dilanda banjir macam kt kedah tu....yaAllah selamatkanlah mereka dan tabahkanlah mereka menerima segala dugaanMU....amin.


so ok, nampak pic kt atas tu????????????? tulah roti sadin namaya....versi aku....kihkihkih. lama dah buat,cuma tak sempat nak anto kemari....sarapan dan minum petang yg paling senang. so anak2ku...mari kita lihat apa bahan2nya....n lain kali lehla buat sendiri yer...time tu lah turn 4 me utk rehat2 ditaman sambil minum petang hasil tangan anak2....


bahan2nya:


roti gardenia sebuku
sardin cap apa2 pun 1 tin
bawang besar 1 biji dicincang dadu
cili merah 1 biji dihiris nipis
air perahan limau 1 sudu kecil, fungsinya utk menghilangkan hanyir sadin
serbuk roti (bread crumb)
sebiji telur amik kuningnya jer
minyak utk menggoreng


caranya :


roti dilenyek sekeping2 tujuannya agar tidak menyerap minyak bila digoreng nanti.
sadin ditapis, buang airnya  dan lenyek ikan sadin dgn bawang yg didadu tadi, cili merah n air perahan limau.
panaskan atas kuali sekejap supaya tahan lama, tk cepat basi.
so apalagi, letaklah atas roti dalam sesudu n gulung
tepi roti kena tekan dgn garpu supaya tidak keluar intinya bila digoreng
celup pada telur yg dah dikacau n golek atas bread crumb n gorenglah....




senangkan?

Tuesday, November 9, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

       

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Renung-renungkan....

Dalam Sebuah Hadis, Ada Menyebut Perihal Seekor Syaitan Yang Duduk Diatas Pintu Rumah. Tugasnya Ialah Untuk Menanam Keraguan Di Hati Suami Terhadap Kesetiaan Isteri Di Rumah Dan Keraguan Dihati Isteri Terhadap Kejujuran Suami Di Luar Rumah. Sebab Itulah Rasulullah Tidak Akan Masuk Rumah Sehinggalah Baginda Mendengar Jawaban Salam Daripada Isterinya. Disaat Itu Syaitan Akan Lari Bersama-Sama Dengan Salam Itu.


at last dapat gak aku duduk ngadap benda alah ni...lama betul tak di jenguk. sibukla....sibukkkkkkk sangat sangat. dengan keja umah yg tk abis abis....cewahhhh...iye ker....bukan yam ker yang buat semua...hehehe...aku?????? ngarah jer tahunya....sian yam....seorang hamba Allah yang cukup baik dan SABAR.....marahla macamna pun, dia diiiiiiiiiiiiaaaammmmmmmmmmm jer...paling2 pun aku balik yang sakit jiwa. tapi lately ni aku memang sibuk2 sangat, sampai sibucuk adik pun pandai komplen, mami ni asik balik lambat jer......hehehe...dia tak tahu mak nya ni macam dah nak patah pinggang lari sana sini...tapi itulah...REZEKI....alhamdulillah.

bercerita pasal rezeki, baru baru ni aku dapat rezeki terpijak......aku turun jer dari kereta, nak tercabut nyawa rasanya bila mata tepat2 terpandang seekor kucing yang betul2 macam biggggrrrr. eh, takkan biggrrr ikut masuk keta, waktu bila lak??????? 

ini biggggrrrrrr

dan ini simanja yang aku jumpa tepi keta...........jeng jeng jeng.....sama kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

inilah kuasa ALLAH. bukan manusia jer yang pelanduk dua serupa....tapi....kucing pun ada, memang sebijik giler macam bigggrrr, cuma dia kurus sikit, mungkin lamatebiar kat pasar.....siannnn dia. so aku pun angkatla bawa balikkkk.....dan aku pun namakan dia SAMER (bunyinya sama)...hehehehe.... stresss jer bigggrrrr napak samer....jangan risau biggrrrr, u're still my no one kay!